Bagi saya, setiap kali terdapat isu baru di Malaysia
Saya akan cuba selidik dengan betul tentang isu itu, sebab
kadang-kadang berita tidak disampai dengan betul, kadang-kadang
sumber berita tersebut tidak betul dan ia adalah tanggungjawab kita sebagai seorang
warga negara untuk mengambil tahu. Inilah tujuan rancangan ini. Kami mengambil
Isu-isu ini, dan menyelidik dengan lebih mendalam supaya kita boleh tahu, apa yang betul dan
apa yang salah. Bukan nak cakap yang apa saya kata ni betul, tapi saya boleh kumpulkan semua
maklumat, saya boleh beritahu pendapat saya, dan terpulang kepada kamu
untuk fikir sendiri, dan bagaimana perasaan kamu tentang isu itu. Jadi minggu lepas ada sebuah
isu yang menyebabkan ketegangan antara kaum dan ia adalah berkenaan dengan
Dr. Zakir Naik. Dia pergi ke Kelantan untuk berceramah dan membuat kenyataan seperti ini:
Mereka adalah “tetamu” baru. Ada orang memanggil saya “tetamu” dan saya cakap sebelum saya orang Cina lah “tetamu”.
Mereka tak dilahirkan di sini, kalau mereka mahu “tetamu baru” balik, suruh “tetamu lama” balik dulu.
Ini menyebabkan orang-orang Malaysia, mengecam dia atau melindungi dia
Isu ini agak besar ia dah berlaku selama dua minggu, dan isu ini masih belum selesai
mari kita menyelidik lagi isu ini untuk mengetahui apa sebenarnya masalah ini.
Sejak sebelum kejadian tersebut, Dr. Zakir Naik memang sudah tidak disukai ramai.
Ini adalah kerana 2 perkara. Yang pertama, orang Hindu di India dan Malaysia tidak
suka Zakir Naik sebab ajaran dia banyak bertentangan dengan kepercayaan mereka
saya tahu perkara ini mengecawakan kamu, tetapi semua agama berbeza antara satu sama lain,
memandangkan dia seorang “ustaz” dari India, memanglah ajaran dia bertentangan
dengan kepercayaan orang Hindu. Kepercayaan orang Islam adalah
berbeza, kepercayaan Hindu pun berbeza
Saya tak boleh marah kamu sebab kepercayaan kamu dan kamu tak boleh marah kami sebab kepercayaan kami
Ketakutan mencipta kemarahan, saya tahu akan kebahayaannya encik
Beta tidak akan menindas rakyat beta atas kepercayaan mereka, hanya perbuatan mereka.
Inilah yang dipanggil kebebasan beragama
kita tidak boleh menghukum seseorang berdasarkan kepercayaan hanya berdasarkan kelakuan. Dan dia
hanya mengajar mengikut kepercayaan dia. Sebab kedua kenapa dia di benci adalah
kerana media massa dia India pada tahun 2006, melaporkan yang Dr. Zakir Naik mengajak
semua umat Islam menjadi “terrorist”. “Semua Muslim patut jadi terrorist.” “Inilah orangnya, “the terror-vangelist” mengajar
terrorist di anak benua.” Tetapi apa yang dia cakap jauh berbeza daripada
apa yang dilaporkan. “Dan ini saya ambil dari sebuah artikel oleh ‘Times of India’,
yang Inspector Angril ialah seorang pengganas kepada dunia penjenayah, dari situlah saya dapatkan ini,
Dan saya cakap dalam ucapan saya, bagi seorang perompak, anggota polis adalah “terrorist”.
dalam konteks ini, setiap Muslim perlu menjadi “terrorist” kepada para penjenayah.
apabila seorang perompak, apabila seorang perogol, apabila seorang penjenayah melihat seorang Islam, mereka patut
berasa takut, dan setiap Muslim patut menjadi ‘terrorist’ kepada unsur jahat
tapi saya berkata lagi, biasanya perkataan ‘terrorist’ itu bermaksud seseorang yang
membuat keganasan kepada manusia yang tidak bersalah, dan dalam konteks ini, orang Islam dilarang menjadi
“terrorist”. Pihak media memetik ayat ini, tak sebut pun apa yang saya cakap
sebelum itu atau selepas itu, hanya ambil
kenyataan saya berkata, setiap Muslim patut
menjadi ‘terrorist’ dan menyalahkan saya.” Jadi pemberita India memetik satu ayat daripada
ucapan penuh dari luar konteks. “Adakah awak paham membaca satu perenggan di luar konteks menggambarkan cerita sebenar”
kita tidak boleh menilai sebuah cerita dari satu ayat di ambil di luar konteks. Contohnya
novel mr. hot guy. Kalau saya hanya baca satu ayat dari buku ini,
dalam bab 1, Andrea berkata, “let’s talk about global warming.” Orang yang
tak pernah baca buku ini, akan ingat
mr. hot guy ialah sebuah cerita seorang lelaki yang
bersuhu sangat tinggi yang menyebabkan ‘global warming’, tapi sebenarnya ‘Mr. Hot Guy’
adalah kisah percintaan antara Andrea dan seorang lelaki kaya bernama Lukman Hakimi atau ‘Luke’
Luke! Sebuah cerita pasal ‘global warming’
dan kisah percintaan memang jauh berbeza, tetapi inilah bagaimana
lainnya apa yang dikatakan oleh Dr. Zakir Naik daripada apa yang diberitahu
oleh berita India dan korang tahulah macam mana orang media buat kerja, mereka suka
tiru kerja media lain, Berita UK tiru berita India,
Berita US pun tiru berita India, semua orang tiru berita India
ini, dan cukup masa, semua orang percaya yang Dr. Zakir Naik
mengajar Muslim menjadi ‘terrorist’.
Tragedinya ialah sesetengah
Muslim percaya Dr. Zakir Naik mengajak mereka menjadi ‘terrorist’.
“pemuda yang menyerang kafe ini di kawasan kedutaan di Dhaka dipercayai
dipengaruhi oleh ajaran Zakir Naik.”
Letupan bom bersiri yang terjadi
sekeliling Asia Selatan dikatakan terpengaruh oleh apa Dr. Zakir Naik tak pernah
cakap. Ini juga alasan kerjaan India mengeluarkan waran untuk
menangkap dia. Mereka juga berkata bahawa Dr. Zakir Naik membiayai pergerakan terrorist ini.
selepas dia melarikan diri ke sini untuk mengelak tangkapan, kerajaan India berjumpa dengan Interpol
dan meminta mereka bertindak dan mambawa Zakir Naik balik ke India. “Berita buruk kepada agency India, Interpol tidak mahu memberi
‘Red corner notice’ kepada penceramah Islam berkontoversi Dr. Zakir Naik.”
tetapi Interpol menolak perintah ini kerana bukti kes ini tidak kukuh
dan mereka tidak percaya Dr. Zakir Naik bersalah. Ramai orang di Malaysia
mempercayai bahawa dia adalah ‘terrorsit sympathizer’, mahu dia dihantar pulang
ke India. Ini pula membawa kita ke kisah terbaru yang berlaku semasa dia berada
di Kelantan. Ini berlaku beberapa minggu yang lalu, semasa cuti Raya Haji.
Kontroversi yang pertama terjadi bila dia berkata, bahawa penganut Hindi di MALAYSIA (BUKAN INDIA) lebih setia kepada
Perdana Menteri India, Narendra Modi daripada Perdana Menteri Malaysia.
Tun Mahathir Muhammad. Itulah apa berita media melaporkan apa yang dia cakap, tetapi apa yang dia
sebenarnya cakap, ini adalah penting, berkenaan dengan orang Hindu Malaysia yang mahu dia
dihantar pulang, yang mereka percaya Narendra Modi lebih sebab Narendra Modi berkata dia bersalah,
berbanding dengan Tun Mahathir dan Interpol yang membuat tuntutan, Dr. Zakir Naik
tidak bersalah. Ini adalah ‘misquote’ lagi sekali. Bila
mendengar cakap Zakir Naik kita kena bukak telinga besar sikit kerana dia mempunya
loghat India yang sangat tebal. Seterusnya ialah kejadian kedua, dan inlah kejadian yang sangat besar.
inilah bila dia berkata dia adalah “tetamu baru” dan orang CIna dan Orang India adalah
“tetamu lama”, dan jika anda mahu “tetamu baru'” keluar, maka kita patut suruh “tetamu lama”
keluar dulu. Bagi saya ini adalah agak mengejutkan.
memang tidak ada sebab untuk becakap macam ini dalam ucapannya. Tak masuk akal lansung.
Saya dah dengar ceramah ini banyak kali, untuk mencari kebenaran, dan saya rasa dalam
kes ini, Dr. Zakir Naik bersalah. Sebab
di dalam perlembagaan
Malaysia, semua kaum lahir di Malaysia adalah warga negara Malaysia. Kebanyakkan dari kita
dilahir di sini, ibubapa kita dilahir di sini
atuk nenek pun dilahir di sini, dan kebanyakkan dari
kita moyang kita pun dilahirkan di sini. Jadi orang Cina dan India
bukan lagi tetamu, mereka adalah warga negara. Dan dia tidak boleh memanggil mereka tetamu kerana ini
melanggar perlembagaan Malaysia. Berkenaan ini, Dr. Zakir Naik memang bersalah.
Walaupun begitu, Dr. Zakir Naik adalah seorang manusia, dan manusia boleh buat kesilapan
Yang penting (kerjasama) dia sudah minta maaf. Adakah itu mencukupi, saya tak tahu lagi. Jadi apakah
keputusannya di sini. Dr. Zakir Naik adalah seseorang yang disalah faham dan di ‘misquote’
banyak kali, walaupun baru-baru ini, Tapi apa yang dia katakan tentang
“tetamu” memang salah tetapi selain daripada itu, untuk semua yang lain dia tidak bersalah
jadi apa patut dilakukan sekarang? OK?
macam saya cakap dia dah meminta maaf.
adakah ini mencukupi? Untuk kenyataan “tetamu” itu, dia patut didenda. Tetapi kalau hantar dia
pulang ke India sebagai hukuman, itu adalah ketidakadilan. Dia mungkin akan
dibicara secara tidak adil di India, itupun kalau Nationalist Hindu di India tak bunuh
dia dulu. Saya tahu memang sakit hati, tetapi, kita sedang mencuba untuk menjadi
negara yang menegakkan kebenaran dan keadilan, itulah matlamat Malaysia baru
sepatutnya. Apakah mesej yang kita akan sampaikan jika kita sanggup
menghantar seorang yang tidak bersalah untuk menerima azabnya. Tapi dia ada buat salah dan dia perlu
menebus kesalahan itu. Apa yang saya bimbangkan ialah adakah hukuman itu berpatutan?
Allah telah mencipta kamu dalam warna berlainan dan bahasa berlainan. Semua ini adalah supaya kamu
mengenali sesama sendiri, bukan untuk bergaduh sesama sendiri