Kadang-kadang media di Malaysia ni buat saya naik marah. Radio suka pasang lagu mengulang lagu yang sama, Berita dekat Malaysia pulak mengembar-gemburkan keadaan cara yang tak betul. Inilah salah satu sebab kenapa kami buat rancangan ini, sebab setiap kali isu itu bangkit, kita perlu melihat dengan lebih dalam supaya kita boleh tahu apa yang benar dan apa yang salah. Ini adalah sesuatu yang semua warga negara Malaysia patut tahu. Pada episode lepas kita bercakap pasal Dr. Zakir Naik yang menimbulkan isu perkauman yang besar di Malaysia, dan hari ini kita akan bercakap tentang satu lagi isu perkauman yang terjadi pada waktu yang sama. Kedua-dua isu ini meletakkan Malaysia dalam keadaan ‘Defcon 4’ kalaulah situasi perkauman ini disamakan dengan ‘Cold War’, siapa yang tahu tahu. Isu ini adalah berkenaan mengajar Jawi di sekolah-sekolah. Jawi itu bukan agama Jawi adalah sejenis tulis yang digunakan oleh orang Arab. Macam mana kita pakai tulisan Rumi, orang Arab pakai tulisan Jawi. Jadi mari kita mendalami isu ini. Ini semua bermula bila setiausaha agung cikgu-cikgu kebangsaan…. Ini semua bermula bila setiausaha agung cikgu-cikgu kebangsaan. ‘National Union of Teaching Professions’. Semuanya bermula bila mereka, Mengumumkan yang sekarang ni banyak cikgu- cikgu sedang di latih supaya tahun depan mereka boleh mengajar pelajar sekolah Jawi dan khat. Topic Jawi dan khat akan dimasukkan dalam silibus Bahasa Malaysia tahun depan Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita, ia adalah subjuk wajib untuk setiap sekolah di Malaysia. tetapi sistem sekolah di Malaysia ini agak kelam-kabut. Sebab kita banyak jenis sekolah yang berbeza. Kita ada sekolah kerajaan iaitu Sekolah kebangsaan, dan kita ada sekolah agama seperti sekolah agama Kristian dan sekolah agama Islam dan kita juga ada sekolah swasta dan yang bersekolah di rumah, tetapi jenis sekolah yang kedua terbanyak adalah sekolah vernakular. Sekolah yang berdedikasi sejenis bahasa atau komuniti seperti Sekolah kebangsaan jenis Cina atau sekolah kebangsaan jenis Tamil. Dan sekolah-sekolah ini sudah lama berada di Malaysia. Ia ditubuhkan kerana kerjaan Malaysia pada zaman dulu memberi peluang kepada orang CIna dan orang India untuk mengekalkan budaya masing-masing. Saya rasa Malaysia bukan adalah sebuah negara yang suka memaksa kita, jadi untuk menghormati keputusan mereka, sekolah vernakular dibenarkan, tetapi syaratnya mereka perlu mengajar Bahasa Malaysia juga dan memandangkan jawi dan khat akan dimasukkan di dalam Bahasa Malaysia bermakna sekolah vernakular kena belajar Jawi dan khat juga. Dan inilah punca masalah isu ini. ia telah membahagikan negara kepada orang yang sukakan perkara ini dan orang yang tak suka. Tidak semestinya orang Melayu suka dan orang bukan Melayu TAK suka, bukan macam itu Sesetengah orang bukan Melayu pun sukakan ini. Seperti bila penasihat DAP Lim Kit Siang berkata Dia belajar jawi di sekolah dulu dan ia tidak mengubah sikit pun kebudayaan Cina dia. Dan itu adalah bagus. Tetapi terdapat juga jawatankuasa pentadbiran sekolah-sekolah Cina, atau Dong Zong, yang betentangan Jawi dan khat diajar di sekolah vernakular. Sebab mereka mendakwa ini akan menambah lagi beban kepada pelajar yang sudah pun ada banyak kerja rumah dan benda lain lagi nak belajar. Kerjaan memahami isu ini. Dan mereka pun dah menyatakan yang kita bukan kita cuma akan belajar yang asas bukan kesemuanya. Dan ia tidak akan di uji di dalam peperiksaan. Dan Kementerian Pendidikan telah mengatakan Jawi dan khat adalah pilihan kepada mereka di sekolah vernakular. Jadi saya pun tak tahu kenapa, kita masih berasa marah tentang perkara ini. Maksud saya, ini adalah pilihan, Ia tidak pun akan diuji dalam peperiksaan. Kamu tak payah nak belajar sangat bukannya ia dipaksa ke atas kamu. Sebab utama kerajaan berfikir ia adalah idea yang baik untuk mengajar Jawi dan khat adalah kerana Pada zaman dulu, pada permulaan sejarah Malaysia, bahasa Melayu iaitu asas kepada Bahasa Malaysia di tulis dalam tulisan Jawi. Kita tidak ada tulisan Rumi pada waktu itu. Sebagai langkah mengetahui sejarah kita setiap pelajar di Malaysia perlu mengetahui apa itu Jawi. Asasnya Inilah sebabnya kenapa kita belajar Jawi. Sebab ia adalah sebahagian daripada sejarah, sebahagian daripada budaya kita Malaysia bermula pada tahun 1377 bila Parameswara datang ke Melaka, dan semuanya dari saat itu sampai ke sekarang, adalah sejarah Malaysia. Dan Jawi adalah sebahagian daripadanya. Jadi memang sangat bagus kalau warga negara Malaysia tahu sejarah sepenuhnya, tetapi kalau kamu tidak mahu belajar Jawi jadi takpe lah. Malaysia bukanlah negara mamaksa kita membuat sesuatu. Setakat dalam kehidupan saya saya tak boleh nak cakap untuk yang sebelum 1987, tetapi 1987 ke depan, Malaysia ni agak cool la kebanyakkannya. Ia memang bukan dalam budaya kita untuk memaksa Orang Cina atau orang India untuk membuat benda yang mereka tidak mahu. Hanya satu benda yang dipaksa ke atas semua orang di Malaysia ialah ini: Kenapa lah. Tolonglah senyap. Setiap kali saya tengok YouTube.